Ramai dari kalangan penduduk di sekitar Kuala Nerang termasuk penduduk di Kg Tanjung memilih untuk menjadi usahawan bagi menjana pendapatan sendiri. Antaranya termasuklah:
1. Basharatul Asyikin Binti Che Bahdun
Beliau merupakan tokoh usahawan muda yang rajin dan gigih berusaha. Pada usia yang masih muda, beliau bersama ibu dan adik – beradik yang lain berjaya mengusahakan sebuah kedai makan dan pelbagai produk tempatan. Kedai yang baru beroperasi di sebelah Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung semakin lengkap dengan pelbagai produk seperti:
– makanan (nasi goreng, maggi goreng, dan lain-lain)
– barangan kesihatan (madu, produk kesihatan)
– dan perkhidmatan (top up dan agen BSN)
Beliau dan keluarga turut mendapat banyak tempahan kuih raya pada musim raya yang lalu. Penambahan produk turut dirancang pada masa akan datang.