mcmc
Maklumat Komuniti

Berita Setempat

KG

KG

EXPLORASI BULAN KEMERDEKAAN

PROGRAM HARI BERSAMA PI1M

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TANJUNG AKAN MENGADAKAN PROGRAM HARI BERSAMA PADA 16/05/2016 ( ISNIN ) BERTEMPAT DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TANJUNG BERMULA JAM 12.30 TENGAHARI SEHINGGA 6 PETANG. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH YB.DATO’ HAJI BADROL HISHAM BIN HASHIM, DSDK.,SMK.,AMK.,BKM.,PJK. BANYAK HADIAH MENARIK MENANTI ANDA..JOM PAKAT MAI BAGI RAMAI…

 

 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam . Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.

Telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita apabila berlaku sesuatu kematian ianya diurus atau diserahkan kepada imam, nazir atau badan khairat kematian yang berkemahiran dan berkemampuan. Amalan ini perlu diperbetulkan semula mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.

Dengan kesedaran inilah pihak PI1M KG TANJUNG mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada ahli keluarga untuk mempelajari perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah hasrat yang cuba diketengahkan oleh kami supaya menjadi agen pengembang , membina wasilah seorang yang beriman lagi bertaqwa.

Setelah tamat kursus ini, para peserta akan mengetahui mengenai :

  1. Perkara yang harus dilakukan apabila mendapat berita kematian
  2. Memandikan dan mengkafankan jenazah
  3. Solat Jenazah dan Mengkebumikan Jenazah