mcmc
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional

Maklumat PI

wan.jpeg

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanjung, Kuala Nerang, Kedah, mengucapkan Selamat Datangdan Terima Kasih kepada semua yang sudi melawat laman web kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Perkara ini bertujuan bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) rintis untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanjung sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Selain itu, ianya juga sejajar dengan kepesatan dan pembangunan perkhidmatan teknologi maklumat, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

   1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
   2. E-Pembelajaran (e-Learning)
   3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
   4. Pusat Komunikasi
   5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
   6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
   7. Khidmat nasihat dan jualan  berkaitan dengan ICT

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

  • – Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • – Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • – Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • – Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
  • Terdapat 10 buah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di daerah Padang Terap yang dibahagikan kepada beberapa Fasa. Antaranya ialah :-

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lubuk Merbau – Fasa 2

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Belimbing Kanan – Fasa 2

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanjung Kiri – Fasa 2

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Tembaga – Fasa 4

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Perik – Fasa 5

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Belukar Luas – Fasa 5

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Naka – Fasa 5

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Musa – Fasa 8

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tong Pelu – Fasa 8

    * Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampuung Labi Tualak

  • JUMLAH KEAHLIAN :

    Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tanjung mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2009. Jumlah ahli berdaftar setakat ini adalah :

    Jumlah Keseluruhan Ahli : 1151 Orang Ahli
    Tarikh Kemaskini : 14 Julai 2024

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanjung dikendalikan oleh dua orang petugas yang terdiri daripada :-

wan.jpeg

1) Pengurus

 Wan Suriyani Binti Wan Senu

  012 5432179

wanieyahya

2) Penolong Pengurus

 Syazwani Binti Yahya

  019 5044575

Alamat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanjung

     Kampung Tanjung Kiri, Mukim Padang Terap Kiri

      Jalan Padang Sanai,

     06300 Kuala Nerang

     Kedah Darul Aman,

     Malaysia.

 : kgtanjung@pjk.com.my

 : http://kgtanjung.pjk.my/

 : https://www.facebook.com/pi.kgtanjung.3