Pertanian adalah proses menghasilkan bahan makanan, penternakan dan produk-produk agroindustri dengan cara memanfaatkan sumber daripada tumbuhan dan haiwan. Perkara ini memberikan faedah yang berguna kepada pengusaha bidang pertanian untuk menampung kehidupan seharian, di samping dapat menjualnya untuk menambahkan sumber pendapatan.
Pertanian yang sebegini mempunyai beberapa ciri penting seperti melibatkan hasil dalam jumlah yang besar dan juga melibatkan risiko yang tinggi. Perkara ini diambil kira kerana pertanian melibatkan tahap yang tertentu dan memerlukan ruang untuk kegiatan itu serta jangka waktu tertentu dalam proses produksi.
Ianya berlaku di sekitar Kampung Tanjung yang melibatkan pertanian seperti penanaman padi, penternakan lembu dan juga menoreh getah. Penduduk-penduduk di sekitar kampung ini sudah pun sinonim dengan pekerjaan tersebut dan sumbangan ini dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara melalui hasil yang dijual kepada pihak yang terbabit.
Tambahan pula, terdapat keluasan tanah yang begitu banyak di sekitar kampung ini yang melibatkan kawasan penanaman padi dan pokok getah. Ia juga dibantu dengan penggunaan mesin yang moden untuk menuai hasil tanaman padi dan juga penggunaan teknologi terkini supaya hasil getah lebih bertambah.
